Tuesday 12 July 2011

New agents required~

Assalamualaikum and a very pleasant greeting and warm welcome to all of you. Hope you are at the best of your condition. It has been quite a while since year 1 students registered to MARA College Banting. I am sure all of you would be excited to be welcoming juniors to our club!  :) wink2!

Let us all be grateful and serene that there will be more helping hands in the love symphony commity very soon. That is soo true! we are going to open the membership to new members - yeah, thats you, dearest year 1 students! All you need to join this awesome club is a love-to-help heart and a scoop of commitment during the journey of carving smiles and sprinkling new hopes to the needy.

Well, here's some brief information (sorry it's in Malay) about Love symphony..

Bismillah pembuka bicara..

Mungkin pada mereka yang berada diluar sana, pasti keliru dengan apa sebenarnya Love Symphony ini? Apa matlamat mereka dan adakah mereka juga sama dengan projek kemanusiaan lain yang turut dijalankan oleh Cambodian Project ataupun Projek Sehati Serumpun? Berbezakah mereka semua ataupun mereka berada dibawah satu misi yang sama?
Menjawab kepada soalan itu, sebenarnya Love Symphony adalah suatu projek kemanusiaan (humanitarian project) bagi membantu kelompok-kelompok anak yatim yang meminta ihsan dan kasih sayang dari kalangan masyarakat diluar sana. Dianggotai sekelompok warga KMB yang menyedari suara-suara yang merintih memohon ihsan ini, suatu mekanisma telah dibentuk dan jawatankuasa mula disusun bagi memulakan projek kemanusiaan ini dengan menyasarkan Rumah Anak-Anak Yatim Darus Salam Tambun sebagai sasaran projek, maka pada sesi 2007, lahirlah Love Symphony yang dianggotai oleh kalangan pelajar IB Kolej MARA Banting sesi 2007/2009 dan menjadi pelopor kepada projek ini.

Pelbagai perkara telah dijalankan bersama dan mereka berjaya melaksanakan beberapa perancangan menjadi sutu realiti, bagi membantu golongan yang memerlukan mereka. Antara beberapa projek
yang mereka berjaya laksanakan ialah, menjalankan fund raising mengumpul dana dan membina sebuah dewan bagi kegunaan anak-anak yatim di Rumah Darus Salam Tambun. Zaman bersilih ganti, dan akhirnya tibalah masa untuk batch 2007/2009 untuk berundur bagi meneruskan misi kecemerlangan akademik mereka di luar negara, dan misi murni mereka telah disambung oleh generasi seterusnya, iaitu batch 2009/2011 yang bertanggungjawab terhadap perjalanan projek ini sekarang.

Menyedari bahawa ianya adalah suatu projek Mega yang memerlukan perancangan rapi untuk matlamat jangka panjang, batch ini telah mula merangka draf dan menyusun strategi untuk membantu anak-anak yatim ini sejak dari mula lagi dan seawal Semester 1 lagi mereka telah memulaka beberapa gerakan mengumpul dana begi membiayai projek mereka. Setelah menjalankan beberapa projek pengumpulan dana seperti jualan coklat, memohon tajaan dari syarikat-syarikat utama seperti PETRONAS, NESTLE (M) BHD, YAYASAN ALBUKHARY, MSC dan KANSAI PAINT,maka mereka berjaya mengumpul dana bagi memulakan projek ziarah mereka yang pertama ke Rumah Anak-Anak Yatim Darussalam Tambun, yang pertama buat mereka pada 12 Februari 2010.

Kini, dalam mereka meneruskan agenda mereka, mereka lebih proaktif dalam merealisasikan impian mereka dan perubahan terus dijana demi memberikan yang terbaik buat anak-anak yatim yang perlukan kasih sayang kita ini.



Hope all of you enthusiast and have the courtesy to lend us your generous helping hand and together we trascend across the boundaries!! :)

No comments:

Post a Comment