![]() |
Keluarga Love Symphony 2009/2011 (Second Batch LS) |
Mungkin pada mereka yang berada diluar sana, pasti keliru dengan apa sebenarnya Love Symphony ini? Apa matlamat mereka dan adakah mereka juga sama dengan projek kemanusiaan lain yang turut dijalankan oleh Cambodian Project ataupun Projek Sehati Serumpun? Berbezakah mereka semua ataupun mereka berada dibawah satu misi yang sama?Menjawab kepada soalan itu, sebenarnya Love Symphony adalah suatu projek kemanusiaan (humanitarian project) bagi membantu kelompok-kelompok anak yatim yang meminta ihsan dan kasih sayang dari kalangan masyarakat diluar sana. Dianggotai sekelompok warga KMB yang menyedari suara-suara yang merintih memohon ihsan ini, suatu mekanisma telah dibentuk dan jawatankuasa mula disusun bagi memulakan projek kemanusiaan ini dengan menyasarkan Rumah Anak-Anak Yatim Darus Salam Tambun sebagai sasaran projek, maka pada sesi 2007, lahirlah Love Symphony yang dianggotai oleh kalangan pelajar IB Kolej MARA Banting sesi 2007/2009 dan menjadi pelopor kepada projek ini.
Pelbagai perkara telah dijalankan bersama dan mereka berjaya melaksanakan beberapa perancangan menjadi sutu realiti, bagi membantu golongan yang memerlukan mereka. Antara beberapa projek yang mereka berjaya laksanakan ialah, menjalankan fund raising mengumpul dana dan membina sebuah dewan bagi kegunaan anak-anak yatim di Rumah Darus Salam Tambun. Zaman bersilih ganti, dan akhirnya tibalah masa untuk batch 2007/2009 dan 2009/2011 untuk berundur bagi meneruskan misi kecemerlangan akademik mereka di luar negara, dan misi murni mereka telah disambung oleh generasi seterusnya, iaitu batch 2010/2012 yang bertanggungjawab terhadap perjalanan projek ini sekarang.
Menyedari bahawa ianya adalah suatu projek Mega yang memerlukan perancangan rapi untuk matlamat jangka panjang, batch ini telah mula merangka draf dan menyusun strategi untuk membantu anak-anak yatim ini sejak dari mula lagi dan seawal Semester 1 lagi mereka telah memulakan beberapa gerakan mengumpul dana begi membiayai projek mereka. Setelah menjalankan beberapa projek pengumpulan dana seperti jualan coklat, memohon tajaan dari syarikat-syarikat utama seperti PETRONAS, NESTLE (M) BHD, YAYASAN ALBUKHARY, MSC dan KANSAI PAINT,maka mereka berjaya mengumpul dana bagi memulakan projek ziarah mereka yang pertama ke Rumah Anak-Anak Yatim Darussalam Tambun, yang pertama buat mereka pada 12 Februari 2010.

Selepas kejayaan beberapa siri lawatan,kami terus melangkah dan merancang lebih banyak lagi aktiviti bersama keluarga Love Symphony ini. Mari sertai kami dan rasai nikmatnya beramal dan berkongsi suka duka dan gelak tawa bersama kami!
bersama anak-anak yatim tambun. :) |